Wednesday, November 27, 2013

~Noted FoR Kite Semua~


JOm..kita Buat Ketiga-tiga ni Nak x....:)

Empat PerkAra Yang Kita Kena JAGa..!

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.

Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.

Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali

CintA ku Hanya Pada Allah s.w.t

Aku ingin berubah. Aku ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Aku yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala aku merasakan diriku cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji diriku. Allah menghadirkan diri ini dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Diriku dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwa ini.

Aku percaya cinta dari Allah, tapi aku lupa itu bukan caranya. Aku alpa. Hatiku sudah tidak seperti dahulu. Hatiku dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan aku tidak sedar aku sudah berubah, bukan juga aku tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Aku menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Aku sudah jauh dari hidayah Allah. Imanku rapuh, syaitan menari-nari tatkala aku membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh diriku bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya aku jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suamiku di mase depan.

Tidakkah aku takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, aku sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangku pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padaku. Jejaka itu gagal menawan mahkota diriku. Saat diri ini berutus cinta, aku masih lagi solat, aku tidak lupa tanggungjawabnya.

Namun mungkin
solatku masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imanku dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada diriku. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, diriku dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, aku bangun untuk bersolat taubat.

Menangislah diri ini sepuas-puasnya. Aku memohon petunjuk pada Allah, aku ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya aku nekad untuk berubah. Namun hatiku sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut aku lakukan kini. Aku mula merasakan aku bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Aku menutup pintu hatiku seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimananku yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk diriku ini bertemu dengan seseorang yang mencintaiku kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

cintaku Hanya PaDamu Ya allah..Amin